Thursday, September 16, 2010

hubungan hati dan akal

Kekuatan akal mempunyai hubungan yang kuat dengan hati manusia sehingga kita akan dapat menemui di dalam al-Quran dan hadith serta sirah salafussoleh yang memperihalkan mengenai keadaan ini.
Maksud firman Allah s.w.t. :

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)

Maksud sabda Nabi s.a.w. :

“Akal itu adalah cahaya dalam hati yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu. Ketahuilah bahawa, perbandingan akal dalam hati adalah seperti perbandingan lampu di dalam rumah.”

Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru beliau) dalam untaian syairnya:


”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Menurut Imam al-Ghazali :


“hati itu ibarat cermin, apabila terang cerminnya, maka teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.”

Maksiat melemahkan kekuatan hati
MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata:

“Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”


Rezeki tidak lancar
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.” Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.” 

Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

Kegelapan dalam hati
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.
Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.


Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.
Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hatinya seperti yang pernah disabdakan Nabi s.a.w. yang bermaksud :


“(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya.”




Akhir Kalam,
Mari kita sama-sama menyelami hakikat Buta dan Celik menurut perspektif al-Quran dan as-Sunnah serta para salafussoleh agar kita lebih berhati-hati terhadap kelalaian dan sifat tidak mengambil peduli mengenai perihal dosa atau maksiat ini.


Buta mata indera celik mata hati vs Celik mata indera buta mata hati
 Maksud firman Allah s.w.t. :
Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta, tetapi yang buta itu ialah (mata) hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)

Orang yang celik mata hati dapat melihat arah, tujuan, jalan, bekalan, dorongan, halangan dan akhiran hidupnya menurut pandangan pencipta-Nya.
Maksud firman-Nya :

“Dan tidaklah aku ciptakan (makhluk) dari kalangan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-KU.” (Adz-Dzaariyaat : 56)

Seseorang yang telah sedar akan hakikat ini akan memiliki satu dorongan yang menggelodak dalam fikiran, jiwa dan emosinya yang menuntut pada perubahan. Kesedaran adalah gerbang awal ke arah perubahan diri. Manusia umpama orang yang sedang tidur, tidak mungkin kita boleh terus mengajaknya bertindak tanpa mengejutkannya terlebih dahulu.

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu member manfaat kepada orang-orang beriman. (Adz-Dzaariyaat : 55)

Universti : Antara Sijil dan Amanah keilmuan?
Pandangan mata yang celik menjurus kea rah memperoleh sijil samada diploma ataupun Ijazah.
Pandangan mata hati yang celik akan lebih memfokuskan kepada amanah keilmuan iaitu mempelajari, menghayati, mengamalkan dan seterusnya menyampaikan.
Jika kedua-duanya celik, andalah yang bakal menjadi insan yang terbaik, cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. InsyaAllah…
kita berada di golongan yang mana?
tepuk dada, rasakan dekat hati, tanya iman…
Apa khabar iman aku hari ini?
Wallahu a’alam…

Allah = Tuhan ?

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t. marilah kita bersama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita benar-benar faham dan kenal akan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. serta tahu menggunakan nama-nama Nya yang baik dan meninggalkan pula panggilan yang tidak selayaknya bagi Allah.

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah maha Esa lagi Tunggal dan Allah s.w.t juga mempunyai 99 nama-nama Nya yang maha terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya yang maha terpuji itu sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah tuhan dan tuhan itu Allah. Ketika berdoa, mereka akan bermohon dengan menyebut : ‘ Ya Allah Ya tuhanku ’.

Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya? dan adakah kita benar-benar yakin bahawa perkataan ini diterima dan diredhai Allah meskipun kita memberikan alasan penggunaannya telah diterima oleh manusia ?

 Tahukah kita bahawa pengertian perkataan ’tuhan’ sebenarnya adalah berbeza dengan perkataan ’Robb’ dan ’Illah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca walaupun selama ini kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu ‘tuhan’ (sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja ). Walhal, Para Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah adalah dari kalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :



Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia”. (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata.   
( Surah An-Nahl – ayat 103 ).

Al-Quran telah menyebutkan bahawa Robb atau Illah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita mengambil contoh, sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini perkataan ‘Nabi’ itu adalah tetap disebut sebagai ‘Nabi’ tanpa ada kata ganti nama yang lain baginya. Mengapakah bagi nama Allah  dengan sengaja kita ( bangsa melayu ) mengadakan satu ganti nama yang lain pula dengan menyebut perkataan ‘tuhan’ itu?

Kita sememangnya tidak layak untuk memberikan kata ganti bagi nama Allah melainkan perkataan Robb atau Illah saja sebagai kata ganti bagi merujuk kepada Allah seperti yang terdapat didalam Al-Quran. Nama Allah hendaklah kekal dan perlu sentiasa disebut sebagai Allah  kerana ia merupakan sebuah nama khas yang bersifat ‘universal’ ( sejagat ) yang telah diwahyukan oleh Allah melalui para Rasul dan telah dikenali oleh umat Islam diseluruh dunia.

Umat Islam selain bangsa melayu di seluruh dunia tidak akan faham jika kita menyebut perkataan tuhan kepada mereka dan mereka juga tidak perlu untuk menyebut perkataan tersebut kerana ia bukan satu tuntutan ( tiada hukum yang mewajibkan supaya mesti menyebutnya ) kerana hanya nama Allah yang dituntut untuk dikenal dan disebut oleh umat Islam.Apabila kita bertanya kepada umat Islam berbangsa asing sebagai contoh penjual karpet berbangsa Pakistan yang ada didalam negara kita ini mengenai perkataan tuhan, pastinya mereka akan menggelengkan kepala tidak mengetahui akan perkataan itu. Tetapi, apabila disebut nama Allah, mereka sedia mengakui akan keesaan Allah kerana sifatnya Yang Maha Besar ( terkenal diseluruh dunia ) sedangkan sebutan tuhan hanya dikenali di empat buah negara di rantau asia tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei sahaja. Jika ditanya kepada negara-negara lain selain empat buah negara ini mengenai perkataan ’tuhan’ itu, sememangnya mereka tidak mengetahuinya.

Oleh yang demikian, umat Islam di Malaysia khususnya hendaklah menyebut nama Allah sahaja kerana Allah adalah Pencipta kita dan sebagai ‘TUAN’ bukan ’tuhan’ yang empunya kepada seluruh alam ini termasuklah bangsa-bangsa lain yang ada diatas muka bumi ini dimana kesemuanya akan hanya menyebut nama yang satu iaitu Allah. Definisi perkataan tuhan juga adalah tidak sesuai dan sangat bertentangan dengan kesucian Zat Allah s.w.t. yang maha tunggal berdasarkan fakta yang akan dikemukakan dibawah .

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan


Pertama


Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita’. Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa  Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan ‘Tuan’ telah berubah menjadi ‘tuhan’. Dengan kata lain, Leijdecker orang yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. Sila rujuk laman web ( http://wiriajaya. multiply. com/journal/ item/85 ).

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan tuhan masuk  kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai ‘pelesetan’ atau ’salah tulis’ oleh seorang Belanda. Tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Illah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah.

Kedua :-

Perkataan tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang digunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai tuhan. Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai tuhan.

Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah. Sebenarnya, perkataan ’tu’ bermaksud Kepala dan ’han’ pula bermaksud Dewa : Kepala Dewa. Seperti yang kita ketahui, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu.

Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala dua . Umat Islam di Malaysia perlu memahami bahawa perkataan tuhan yang terdapat didalam terjemahan al-Quran yang ada hingga ke hari ini sebenarnya menerima pengaruh dari bahasa Indonesia kerana terjemahan kitab Al Quran pada awal kemunculannya dinegara kita banyak dibawa masuk dari Indonesia.

Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia sedangkan  perkataan tuhan itu sendiri tidak ada maknanya bila cuba diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Pengertian Robb dan Illah.

‘Robb’.


Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. Pengertian  ‘Robb’ adalah sangat meluas lagi meliputi dan ia merupakan sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Mencipta, Mendidik dan Mengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”.

Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana definisi perkataan tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah. Mengapa perlu kita menyebut perkataan yang sama disebut oleh orang yang bukan Islam dimana mereka juga mendakwa mempunyai tuhan sedangkan tuhan bagi mereka itu langsung tidak mempunyai pengertian ’Robb’ seperti dijelaskan diatas kerana ’Robb’ itu hanya layak bagi Allah s.w.t yang maha agung. Sebutan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Bukankah ini mengelirukan?

Sebagai langkah yang lebih selamat, umat Islam perlu mengelak dari menyebut dan berdoa dengan menyebut perkataan tuhan. Berdoalah dengan berkata :” Ya Allah Ya Robbi..”. yang bermaksud: ”Ya Allah wahai Pengaturku.. atau Pendidikku.. atau Penciptaku.. biarlah hanya orang bukan Islam yang menyebut perkataan tuhan itu.

’Illah’.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimah  Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata ’Illah’ yang seringkali diterjemah dengan perkataan tuhan. Dalam bahasa arab ‘Illah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni


(1) mahbuub (yang dicintai),
(2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan
(3) marhuub (yang ditakuti).

Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”

Selain itu, di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Kesempurnaan Allah s.w.t. / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukannya sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal, tidak berbilang-bilang.

Perkataan tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana di negara kita Malaysia, orang bukan Islam juga memanggil berhala-berhala mereka sebagai tuhan (tuhan Hindu, tuhan Buddha, tuhan Kristian dll.) Ini menunjukkan sifat tuhan itu adalah berbilang-bilang dan masih ada perbandingan.

Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang dikenalpasti sedangkan pada hakikatnya hanya Zat dan Sifat Allah Taala saja yang wujud dan mentadbir seluruh alam ini. Tiada yang lain. Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan. Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak (sebagai Pencipta / Robb / Illah kita) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka (tidak perlu ada tuhan) bagi membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu pun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

Marilah kita berusaha membiasakan bibir dan lidah kita untuk banyak menyebut nama Allah bagi menggantikan perkataan tuhan didalam perbualan seharian dan ketika kita berdoa kepada Allah. Janganlah lagi kita menganggap tuhan itu adalah Allah kerana tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa Melayu selama ini. Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan tuhan, seolah-olah kita telah meletakkan alamat yang salah bagi  menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul. Ini menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia. Kita menyangka dengan menyebut tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik kepada Allah.

Dikalangan masyarakat melayu Islam, kita sering mendengar ayat yang berbunyi ” ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan”… mengapakah begitu sukar sekali bagi umat Islam untuk menyebut nama Allah? bukankah lebih elok jika kita berkata ”ajal maut, jodoh pertemuan adalah hak Allah..” itulah yang lebih tepat sebenarnya.. namun realitinya kita sudah terlalu asyik dan gemar untuk menyebut tuhan. Sebenarnya, naluri dan fitrah yang dijadikan oleh Allah terhadap umat Islam sering mendorong kita untuk menyebut namaNya, sebagai contoh ketika kita sakit adakah kita mengaduh dan menyebut perkataan tuhan? sudah tentu tidak, melainkan yang disebut adalah nama Allah.

Apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu pada ketika itu kita akan berkata telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah tuhan.. tetapi mendukacitakan pada waktu yang lain pula ramai dikalangan kita dengan sengaja memilih untuk menyebut perkataan tuhan berbanding menyebut nama Allah sedangkan sepatutnya kita perlu bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah. Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan tuhan berbanding nama Allah itu sendiri.

Adakah kita lebih selesa menyebut perkataan tuhan lebih daripada Allah? Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah…

Umat Islam sedia mengetahui bahawa Rukun Iman yang pertama jelas mewajibkan kita supaya beriman dan percaya kepada Allah.. dan jika kita ditanya oleh guru di sekolah atau ketika menjawab soalan peperiksaan tentang rukun iman  bolehkah jawapan percaya kepada tuhan  dapat diterima sebagai jawapan yang betul? 


Di Malaysia kita dididik untuk menjunjung prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan. Adakah perkataan tuhan yang diikrarkan oleh seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada kefahaman yang sama atau berbeza-beza mengikut agama masing-masing? Jika kita berpendapat ia mengikut agama masing-masing ini bermakna tuhan itu memang banyak dan adakah kita mengiktiraf agama yang selain Islam itu kerana mereka juga menyebut perkataan tuhan..? renungkanlah. .

Perhatikan pula contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah. Sejak sekian lama lagu negeri Johor telah menggunakan nama Allah yang turut dinyanyikan juga oleh pelajar bukan Islam tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Bukankah ini merupakan satu contoh yang baik untuk diikuti dimana  kita boleh menggantikan perkataan tuhan itu dengan nama Allah samaada didalam lagu Negaraku, Rukunegara atau lain-lain lagi dan yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini:


Lagu Negaraku


Negaraku, tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup ,bersatu dan maju
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta


Lagu Negeri Kedah


Allah selamat Sultan mahkota
Berpanjangan usia di atas takhta

Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata 


Mudah-mudahan, apabila terdetik didalam hati dan sanubari kita untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah, akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua. Insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita tidak lagi menyebut perkataan tuhan itu. Akan tetapi, sangat merugilah jika kita tidak mahu menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.

Meskipun penggunaan perkataan tuhan ini telah sekian lama berlarutan, adalah diharapkan agar para Alim Ulama, para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut : “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah lebih indah berdoa kepada Allah dengan cara yang sebegini daripada menyebut perkataan tuhan yang telah kita sedia maklum erti sebenar perkataan itu.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :



Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.    ( Surah Al-A’raaf, ayat 180 )

Penjelasan ini bagi sesetengah pihak mungkin ada yang beranggapan hanyalah membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya. Jika demikian, bolehkah kita terima apabila seseorang yang memanggil kita dengan nama yang buruk dan tidak kita sukai tetapi ia mendakwa didalam hatinya menyebut nama yang baik..dan bolehkah kita melakukan amalan zikir dengan menyebut perkataan tuhan manakala nama Allah hanya disebut di dalam hati..?

Sudah tentu tidak, kerana apa yang diisbat (disebut) didalam hati hendaklah sama dengan apa yang diucapkan dibibir supaya ia menjadi ibadah yang diterima oleh Allah. Jika difikir dengan akal fikiran yang waras, perkataan tuhan agak janggal dan sememangnya tidak boleh dizikirkan sedangkan Allah dan 99 nama-namaNya yang baik boleh dizikirkan. Perkataan tuhan itu juga apabila disebut secara berulang-ulang kali akan menjadi perkataan yang kurang elok. ( tuhantuhantuhantuha n : hantu )

Nama tuhan juga tidak tersenarai di dalam Asma ul-Husna. Jadi, adakah kita masih ingin menyebut perkataan yang tidak selayak bagi Allah? Sedari dan yakinilah bahawa diatas dunia ini mungkin ia dipandang ringan oleh manusia. Akan tetapi, kita bimbang jika ia menjadi sesuatu yang sangat berat setelah kita menghadap kepada Allah s.w.t. diakhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan aqidah kita disisi Allah s.w.t. adalah melalui perkataan. Walaupun kalimah ‘’Lailahailallah’’ itu ringan dibibir tetapi timbanganya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia..

Berwaspadalah wahai umat Islam, kerana kadangkala Allah mendatangkan ujian kepada hamba-hambanya didunia ini dengan sesuatu yang dianggap oleh manusia sebagai perkara yang remeh tetapi ia sebenarnya mempunyai makna yang sangat besar kepada Allah..Sebagaimana kita belajar tentang ilmu solat, kaji dan pelajarilah juga pengertian yang sebenarnya tentang ilmu dua kalimah syahadah, insyaallah kita tidak akan memandang remeh tentang perkara yang dikemukakan ini. Jika ditanyakan persoalan ini kepada manusia disekeliling kita sudah tentu akan timbullah berbagai pendapat dihadapan kita.. tetapi ingatlah bahawa kita mempunyai Allah yang Maha Mencipta, Maha Mengatur dan Maha Mentadbir seluruh kehidupan kita ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui benar atau salahnya sesuatu perkara.

Oleh itu berhubunglah dengan Pencipta Yang Maha Mengetahui ini.. marilah kita kembali rujuk kepada Allah kerana hanya kepada Allah sebaik-baik yang memberikan petunjuk.. Lakukanlah solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah kerana sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah, inilah tindakan yang sangat wajar kita lakukan dalam mencari kebenaran.

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, cuba perhatikan dengan mata hati kita apakah rahsia disebalik cerita dunia yang berlaku disekeliling kita kebelakangan ini.. berbagai bencana telahpun diturunkan antaranya tsunami, gempa bumi, masalah ekonomi sehingga yang terbaru penyakit yang membawa maut iaitu H1N1 atau selesema babi. Ia juga sebenarnya adalah al-wabak yang bertindak diatas perintah Allah. Adakah ia merupakan salah satu tanda semakin hampirnya umur dunia ini hendak sampai ke penghujungnya? ..Telah bersediakah kita untuk menghadapinya?

Hakikatnya, manusia diseluruh dunia semakin panik kerana nyawa mereka semakin terancam tetapi apakah yang mampu dilakukan oleh manusia bagi menghadapinya? Kita umat Islam sudah tentu akur akan kehebatan Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya ini..tetapi adakah kita telah benar-benar faham akan mesej dari Allah bahawa segala bencana yang didatangkan kepada kita itu adalah sebagai peringatan dari Allah kepada kita supaya kita segera  kembali bertaubat kepadaNya.?

Pada hari ini kita melihat masih ada ulama yang terus berbalah sesama mereka disebabkan berlainan pendapat dan sudah terlalu banyak perkara mungkar yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.. Maka, tidak mustahil akan ada lagi peringatan Allah yang lebih dahsyat daripada apa yang telah kita saksikan pada hari ini jika kita terus tidak mahu memahami peringatan Allah ini.

Pada ketika ini juga mungkin ada dari kalangan kita yang keliru ketika berdoa apabila meminta agar Allah tidak menurunkan bencana keatas manusia sedangkan takdir Allah pasti akan berlaku dimana Allah sangat Bijaksana dalam memperbuat sesuatu. Adalah tidak wajar jika kita meminta supaya Allah tidak menurunkan bencana kerana Allah bersifat Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu sedangkan bencana tersebut disisi Allah sebenarnya mempunyai hikmah yang tidak kita ketahui malah bertujuan baik kepada mereka yang lalai agar segera insaf dan tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah.

Jika kita meminta supaya Allah tidak menurunkan bencana seolah-olah kita mahukan manusia terus melakukan maksiat tanpa ada peringatan. Bagi orang-orang yang beriman, jadikanlah bencana yang sedang kita hadapi ini sebagai satu peringatan yang dapat menghidupkan hati-hati kita bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Berdoalah kepada Allah s.w.t. dengan menyebut namaNya yang maha terpuji ( tanpa menyebut perkataan tuhan ) dan pohonkanlah kepada Allah agar kita dan semua orang-orang yang beriman kepada Allah sentiasa dipelihara dan diselamatkan dari bencana meskipun ia terus berada disekeliling kita kerana jika Allah menghendaki suatu bencana itu turun tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Dengan lafaz Allahu Akbar! Bismillah!, Allahu Akbar! Bismillah!, Allahu Akbar! Bismillah! Sekali lagi kami memperingatkan dan menyeru kaum muslimin dan muslimat sekalian agar kita semua dapat bersama-sama untuk mensucikan nama Allah dan perbanyakkanlah menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang masih berbaki ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan tetap melindungi dan menyelamatkan kita dari segala perkara yang tidak kita ingini termasuklah bencana yang diturunkan Allah ke atas muka bumiNya ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Seruan kami hanyalah untuk kita bersama-sama memperbanyakkan menyebut nama Allah, mentauhidkan Allah dan mensucikan nama Allah.

Sekiranya anda meyakini dan dapat menerima apa yang disampaikan disini sebagai satu kebenaran, kami amat bersyukur dan mendoakan agar anda beroleh rahmat dari Allah s.w.t. didunia dan akhirat kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya, tetapi jika penerimaan anda adalah sebaliknya maka terpulanglah kepada diri anda sendiri kerana tugas kami hanyalah menyampaikan dan menjelaskannya sebagai satu peringatan semata-mata kerana Allah.

Mudah-mudahan peringatan ini dapat memberikan manfaat. Janganlah pula kita mahu menunggu sehingga datangnya peringatan yang lebih keras dari Allah kerana peringatan yang datang dari Allah adalah tidak sama dengan apa yang disampaikan sesama manusia dan jika kita menganggap peringatan ini sebagai sesuatu yang remeh janganlah pula kita menyesalinya kelak apabila Allah sendiri yang mendatangkan peringatanNya kepada kita.

Harapan kami semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan yang besar sebelum datangnya ajal ataupun detik kehancuran kepada seluruh alam ini. Akhir kata, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Kami bersumpah atas nama Allah bahawa apa yang kami sampaikan ini adalah satu kebenaran. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah.

dunia oh dunia

Sebelum kedatangan hari kiamat, IBLIS akan berusaha untuk menyesatkan seramai manusia yang boleh, demi menunaikan janjinya kepada Allah SWT untuk menyesatkan seluruh anak Adam. Firman Allah didalam AlQuran:

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis(ikhlas) di antara mereka".(surah al-hijr ayat 39-40)

Iblis telah berjanji dengan penciptanya untuk menyesatkan SELURUH manusia. Maka ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh dan sekarang kita akan bersama-sama membongkar satu persatu ideologi dan kerja buat Iblis di muka bumi ini supaya kita akan dapat mengelak dari kesesatan oleh hasutan iblis ini(InsyaAllah).

Sejak dari dahulu lagi syaitan telah menipu manusia dgn berbagai helah dan tipu daya supaya manusia mnjadi sesat dan jauh dari mengenali penciptanya yang MahaEsa. Pada masa dahulu, syaitan menggunakan taktik dengan mewujudkan agama paganisme yakni agama yg mempunyai banyak tuhan atau dewa. Sebagai contoh, agama yg di anuti oleh firaun di mana wujud banyak tuhan seperti horus, anubis, firaun hijau, dan sebagainya. Mereka juga menyembah tuhan matahari iaitu Amon Re. Begitu juga dgn agama hindu. Mempunyai banyak tuhan seperti krishna, dewa ular, dan lain2. Kaum mayan dgn tuhan ular 'kukulkan', orang yunani kuno dengan banyak tuhan seperti tuhan langit, tuhan laut, dan macam-macam lagi. Semua tuhan-tuhan ini sebenarnya adalah jelmaan syaitan dan jin yang mengaku dirinya tuhan atau dewa yang bertujuan menyesatkan manusia.

Dan jika kita semua perasan, agama-agama ini mempunyai banyak persamaan. Paling jelas agama-agama paganisme ini hampir semuanya memiliki unsur penyembahan matahari. Lihat dibelakang tuhan-tuhan yang disembah mereka, hampir semuanya memiliki unsur matahari. 



Adakah ianya secara kebetulan terdapat unsur-unsur matahari? Pernahkah kita terfikir mengapakah kesamaan ini wujud antara agama-agama yang dipesongkan? Jawapannya ialah mustahil ianya satu kebetulan kerana ianya merupakan PENIPUAN YANG DIULANG-ULANG oleh iblis, syaitan dan konco-konconya dengan ideologi yang sesuai dengan zaman yang ditipu, dan BERTUJUAN UTNUK MENYEKUTUKAN ALLAH SWT.

Di dalam AlQuran ada diceritakan mengenai penyembahan matahati:

"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.” [al-Naml 27:24]

"Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah Yang menciptakannya, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah." ( fushshilat:37)

Begitu juga dengan kisah AGAMA KRISTIAN. Ianya adalah contoh lain PENIPUAN YANG DIULANG SEMULA oleh syaitan daripada zaman-zaman sebelumnya seperti cerita-cerita tuhan dizaman kuno seperti Tiga Tuhan Bersaudara Osiris Isis Dan Horus, Tuhan Attis , Tuhan Adonis, Tuhan Mitra, Tuhan Syiwa, Tuhan Krisyna dan banyak lagi.

HAMPIR SEMUA KISAH-KISAH TUHAN-TUHAN INI MENGANDUNGI KISAH TRINITI, KISAH KELAHIRAN PADA 25 DISEMBER DAN HADIAH DIBAWAH POKOK, KISAH DISALIB, DAN PALING PENTING ADA DIANTARANYA KISAH YANG AKAN KEMBALI SEBAGAI PENYELAMAT(TUJUANNYA ADALAH MENJADI PENYELAMAT PALSU)DIAKHIR ZAMAN SETELAH MATI DISALIB. (P/S- Saya tidak bermaksud menghina agama kristian, bahkan saya mengakui agama yang dibawakan oleh nabi Isa/Jesus, Ianya adalah agama yang benar cuma kemudiannya diselewengkan oleh pihak tertentu, dengan hasutan dan ajaran syaitan dengan tujuan mensyirikkan tuhan) Dan mungkin perkara ini akan dikupas lebih dalam dalam entri akan datang.

Dan diantara penipuan syaitan yang hebat ialah dengan penggunaan ilmu-ilmu sihir, yang bertujuan mensyirikkan Allah, yang mana akhirnya menjadi amalan manusia hingga ke hari ini hatta di tanah airku. Sihir yang diamalkan adalah dalam bentuk yang pelbagai sesuai dengan kehendak manusia yang tujuannya hanyalah mensyirikkan Allah. Firman Allah:

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil(Babylon) yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."(AlBaqaarah 102)

Sebenarnya bangsa yahudi sejak dizaman lampau telah lama bersekongkol dengan iblis dan mengamalkan sihir sejak zaman penghambaan Firaun dan zaman perkembangan Babylon. Mereka mengamalkan apa yang dipanggil sebagai kabbala, salah satu ilmu sihir purba yahudi.
Pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras golongan ini. Nabi Sulaiman semasa pemerintahannya membuat undang-undang dimana hukuman maut dikenakan kepada pengamal dan yang mempelajari sihir. Bahkan Nabi Sulaiman merampas semua kitab-kitab sihir mereka dan menyimpannya didalam sebuah bilik rahsia dibawah istana Nabi Sulaiman(dipanggil masjidil Aqsa sekarang).

Pada 1307, Raja Phelipe dari Perancis mula menangkap mereka kerana aktiviti penyembahan berhala, penafian nabi Isa, kegiatan homoseks, dan sihir.

Namun, usaha iblis tidak pernah berhenti setakat itu, bahkan sebenarnya kegiatan-kegiatan sihir ini terus diamalkan sampai sekarang. Disebalik tabir, pengamal-pengamal sihir dan penyembah syaitan ini merancang setiap kekacauan di dunia yang aman damai ini bermula dari setiap peperangan, setiap revolusi, pembunuhan beramai-ramai(seperti peristiwa 9/11), penyebaran wabak penyakit yang sangat pelik dan setiap kemelesetan ekonomi. Tampuk pemerintahan mereka berada ditahap global pada masa kini sehinggakan mereka mengawal semua benda yang kita baca, dengar, lihat dan pelajari di sekolah dan semua institut pengajian.

Media telah lama menjadi agen utama mereka dalam pengawalan maklumat secara terus kepada orang awam.

Usaha menyesatkan seluruh umat manusia dibantu pula oleh seorang yang amat pakar dalam bidang menipu iaitu al-masih(penyelamat palsu) DAJJAL. Tujuannya adalah untuk menjadi penyelamat palsu di akhir zaman kepada bangsa yahudi khususnya dan doktrinnya adalah sama - menyekutukan dan mensyirikkan Allah. Nabi SAW bersabda akan bahayanya fitnah penipuan dajjal ini:

"Tidak ada fitnah yang paling besar dan dahsyat sejak Allah menciptakan dunia melainkan fitnah Dajjal." (Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dari Hisyam bin ‘Amar)

Namun terdapat satu perkara yang menjadi identiti dajjal paling penting, disebutkan oleh nabi Muhammad SAW

“Sesungguhnya aku memperingatkan kalian tentangnya. Tidak ada seorang nabi melainkan ia memperingatkan kaumnya tentang Dajjal. Akan tetapi aku akan memberitahu kalian sesuatu yang tidak disampaikan nabi sebelumku. Sesungguhnya Dajjal bermata satu tetapi Allah tidak bermata satu.” (Al-Bukhari dan Muslim)
Dan mengapakah mata satu yang digunakan diatas wang kertas USD1? Adakah ini kedatangan DAJJAL yang dimaksudkan oleh hadis nabi 1400 tahun yang lalu? Adakah mereka menyembah dajjal?

Jika kita lihat sebenarnya simbol mata satu ini telah lama digunapakai, bahkan sejak zaman firaun lagi. Adakah ada golongan dizaman ini yang menyembah tuhan purba yang sama disembah oleh kaum firaun dahulu? Anda semua pasti tahu akan jawapannya.

Sebenarnya inilah antara lain bukti kepada penipuan berulang-ulang oleh Iblis, syaitan dan jin serta konco-konconya pada zaman yang berbeza dengan doktrin yang sama selain daripada unsur penyembahan matahari yang dibincangkan diatas.

Maka beruntunglah kita yang hidup diakhir zaman kerana dapat melihat corak penipuan yang berulang-ulang ini. Dan kita semua tahu apakah tujuannya. Perkara ini akan dibincangkan lagi dalam topik akan datang.

Pada zaman ini, penyembah syaitan dan pewaris amalan firaun dipanggil sebagai zionis, mempunyai banyak pertubuhan rahsia seperti freemason, illuminati, dan di Eropah mereka membina pertubuhan yang tiada nama, bagi mengelakkan dikesan oleh orang awam. Mereka menguasai minda manusia dengan pelbagai cara, mereka mempengaruhi dan menguasai pangkat-pangkat penting dan kuasa dunia dimana-mana(kerana itulah mereka melakukan penjajahan sejak zaman-berzaman), dengan tujuan mewujudkan sebuah pemerintahan politik dan ekonomi yang baru, dengan nama yang dipanggil "NEW WORLD ORDER"(Pentadbiran dunia baru secara sekular). Dan akhirnya dengan pentadbiran secara global ini akan digunakan untuk menyesatkan seluruh umat manusia. Bab ini akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam topik yang akan datang.

SELAMAT BERKENALAN DENGAN KELUARGA FIRAUN VERSI ZAMAN MODEN.

Sunday, September 5, 2010

kebetulan atau???

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di sini.


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...