Monday, January 24, 2011

bukan sekadar wuduk

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Ar-Ruum;48) 

budak-budak paling suka bila hujan

Hujan. Mari bercakap berkenaan hujan. Bukan kumpulan HUJAN yang selalu dok menyanyi tu, tapi hujan yang mksudnya rain dalam bahasa inggeris. Bila nak hujan je, ada yang seronok, ada yang susah hati, ada yang risau, dan sebagainya. Bagi golongan ibu-ibu, mulalah gelabah nak kutip kain di jemuran. Yang nelayan, mungkin perasaan bercampur-baur antara risau dapur tak berasap dan santai sebab boleh bersenang-lenang di rumah. Tapi ada juga yang berpendapat hujan adalah waktu yang paling best untuk tidur. Yaaa, ini diakui sendiri oleh seluruh makhluk di alam fana cinta ini. Siapalah yang tak suka tidur waktu hujan ni cek mek oii!!


Erkk, iklan sebentar sementara hujan tengah turun mencurah-curah di bumi UKM ini!!


Sebenarnya aku nak cakap pasal solat. Ya, itulah dia solat.


Solat??? Hek eleh kau ni, nak ngajar aku cara-cara nak solat ke? Aku pun tahu ok!!


No, no, no. Bukan itu yang aku nak bagitau. Aku tau la korang semua lebih hebat solatnya dari aku. Aku tau dah semua itu. Tapi aku mau tanya, berapa  ramai orang yang solat yang dilakukan setiap hari tu kusyuk?? Aku ulang lagi sekali, KUSYUK. Aku yakin boleh dikatakan ramai yang tengah solat, pasti menerawang fikiran tu entah ke mana-mana. Masa tu la teringat kucing belum bagi makan la, assignment nak hantar esok belum siap lah, yuran tak bayar lagilah. Pendek kata macam-macamlah. Aku pun turut tak terkecuali, selalu aje menerawang tak tentu arah, haisyhhh.



Terfikir juga aku, sampai sampai bila aku nak terus berkeadaan macam tu kan?? Buat penat badan je macam tu, tapi entah Allah terima ke tidak solat tu?...Apatah lagi nanti kita akan pulang juga untuk bertemu dengan Allah di hari pengadilan nanti. Apa kita nak jawab nanti? Yang pastinya mulut memang tak boleh nak menjawab la. Yang menjawab tu nanti mestilah anggot-anggota badan kita ni, mata, telinga, tangan, kaki.Tak terbayang olehku macam mana aku nak berdepan hari itu nanti. Takut tau!


So, sementara masih diberi nafas ni, bagi aku nilah masanya kita nak memperbaiki diri. Takut-takut kalau asyik bertangguh ni, lama-lama rasa berat nak buat. Tambah pula bila umur dah meningkat, tanggungjawab pula makin banyak. Kata orang, kalau terasa nak buat benda baik ni, buat la cepat-cepat. Jangan bertangguh, kalau tidak nanti mesti rasa berat nak buat, sebab syaitan tu dok bergayut kat telinga.


Jadi aku nak kongsi satu artikel ni. Aku rasa elok untuk meningkatkan kusyuk. Bagi aku la, orang lain mungkin ada rahsia tersendiri nak bagi kusyak kan?? Anggap je untuk perkongsian. Sharing is caring kan? Menarik sangat. Tersentap aku bila baca!!

~~~~~~~~~~~~~~~

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"


Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".


Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
  2. Syurga di sebelah kananku,
  3. Neraka di sebelah kiriku,
  4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

~~~~~~~~~~~~~~

Amacam, sentap?? Kalau tak sentap tak tahu lah aku, sila check diri masing-masing. Mana tau ada skru yang longgar, ketat-ketatkanlah ye. Pesanan untuk diri aku. Yang baik itu dari Allah, yang buruk-buruk tu semua kelemahan aku sebagai insan yang kurang serba-serbi ini.


Monday, January 10, 2011

alahai sejarah

blog ini kelihatannya sudah lama bersawang
silap haribulan ular pun boleh bersarang

alahai sejarah.....
kalau zaman sekolah dulu....
aku tak berapa nak minat dengan subjek yang satu ini...
bukan apa...
semuanya fakta belaka....
yang harus dihafal........
aku pulak jenis yang tak suka menghafal...
maka mungkin kerana itu,
subjek yang memerlukan banyak hafalan di zaman itu....
agak kureng cantik resultnya dalam slip spm...
huhu...

alahai sejarah..
kini subjek itu kembali lagi....
setelah hampir 2 tahun tak berjumpa.....

sejak bermastautin di bangi ini...
setiap semestar akan menghadap sejarah...
masuk semester ini sudah empat semestar...
aku bergelumang dengan sejarah.....
semestar satu,
sejarah tamadun-tamadun terdahulu..
seperti rom, mesir, yunani, dll
semestar dua,
sejarah perkembangan awal senibina kut,aku pun dah tak ingat
semestar tiga...
walaupun tiada sejarah dalam senarai smpweb...
sebenarnya ada juga....
cuma nak bagi sedap ayat...
diganti dengan istilah teori....
ya!!!
teori n idea senibina,...
tetapi pada hakikatnya tetap sejarah...
kerana bagi aku....
apa-apa yang berkaitan masa yang dah lepas...
tetap juga namanya sejarah...
mungkin ini taktik orang atas jsb nak bagi student mereka tak mengantuk dalam kelas...
kerana hakikatnya budak archi ni selalu menzombie masa studio...
n tido masa klas
semestar empat..
lagi-lagi sejarah
sejarah senibina melayu n etnik pula...
maksud aku etnik di malaysia ya....

itulah yang aku tengah gigih buat sekarang...
gigih buat rumah panjang
gigih buat sejarah rumah panjang...
itulah dia..
ya! sejarah rumah panjang...
dan etnik2 sabah dan sarawak yang mendiaminya...
ok!
cepat sambung buat sejarah...


oh! nampaknya aku telah terpengaruh dengan gaya penulisan ukm yang sangat skema...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...