Tuesday, August 10, 2010

marhaban ya ramadhan



Dari Salman r.a. meriwayatkan pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasullullah berkhutbah kepada kami,
 “Wahai manusia, kini telah dekat kepadamu satu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik deripada seribu bulan, inilah bulannya yang Allah tetapkan puasa padanya sebagai fardhu dan Solat Terawih dimalamnya sebagai sunat.
 Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri pada Allah pada bulan ini dengan suatu amalan sunat maka pahalanya seolah-olah melakukan amalan fardhu pada bulan lain. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu pada bulan ini maka akan dibalas dengan pahala seolah-olah telah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain.Inilah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran sejati adalah syurga, bulan ini juga adalah bulan simpati sesama makhluk. Pada bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah.
Barangsiapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari Neraka Jahannan dan dia juga memperoleh pahala sama dengan orang yang puasa tadi tanpa sedikitpun berkurang pahala orang yang berpuasa itu. Kami (para sahabat) bertanya : “ Ya Rasullullah, tidak semua orang diantara kami yang dapat memberikan sesuatu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”. Rasullullah menjawab, “Allah akan mengurniakan balasan ini kepada seseorang yang memberi makan orang yang berpuasa dengan sebiji kurma atau seteguk air atau seisap susu.
                Inilah bulan yang sepuluh hari pertamanya rahmat, sepuluh hari keduannya keampunan dan sepeluh hari  akhirnya pembebasan dari api neraka. Baran gsiapa yang meringankan beban hamba sahayanya pada bulan ini maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.
                Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua lagi yang pasti kamu perlukan. Dua perkara yang mendatangkan keredhaan Allah adalah hendaklah kamu membaca kalimah thayyibah dan istighfar dengan sebanyak-banyakknya. Dua perkara yang pasti kita memerlukannya ialah hendaklah kamu memohon kepadaNya untuk memasuki syurga dan berlindung kepadanya dari api neraka jahannam.
                Dan barangsiapa memberi minum (berbuka) kepada orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku yang sekali minum sahaja, dia tidak akan merasakan lagi dahaga sehingga ia memasuki syurga.
Hadis Riwayat Ibnu Khuzhaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan Imam Ahmad berkata hadis ini tidak kuat.
Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi dalam Kitab Fadhilah Ramadhan menyebut :
“Para ahli hadis telah membicarakan sebahagian perawi hadis di atas. Tetapi hadis yang berkenaan kelebihan amal ini boleh diamal dan boleh dipertimbangkan, terutamanya pabila kendungan hadis tersebut diperkuatkan dengan riwayat yang lain.

Saturday, August 7, 2010

arak dalam ribena?


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.


Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. ‘Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,’ katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. ‘Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,’ katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. – Agensi
—–
sumber: http://www.guardian.co.uk/uk/2004/aug/02/religion.foodanddrink

Wednesday, August 4, 2010

tasik yang terkejut!!!

studio kami sudah semakin cantik dengan banyaknya gambar tasik kejut. site model yang dibuat juga sudah cantik. pokok-pokok pun cantik juga. bangunan-bangunan lagi cantik, dibuat oleh orang kuat jabatan bangunan yang cantik-cantik belaka. base juga begitu cantik.  tetapi malangnya bangunan yang cantik kelihatan tidak cantik apabila diletakkan ke dalam base cantik. oleh kerana site map yang kami dapatkan daripada jabatan pengurusan pembangunan mempunyai begitu banyak kecacatan dan kesilapan(terutama sekali dari segi konturnya yang lari dari kontur yang sebenarnya). bangunan cantik fkab yang ku buat dengan bersusah-payahnya bersama-sama dengan orang kuat jabatan bangunan yang lain tidak dapat 'mendarat' di atas base cantik dengan sempurnanya. oleh itu, base cantik terpaksa di tak'cantik'kan dengan memotong-motong di sana-sini namun bangunan cantik fkab masih tidak dapat 'mendarat' dengan sempurnanya malah siap terapung lagi di udara. oh! betapa tak sukanya bila terjadi keadaan begitu.

sidai baju
gambar bergayut
gantung-gantung
bangunan+pokok+base=sangat cantique!
lebih kurang begini la keadaan studioku
kembalilah kamu ke jalan lurus


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...