Tuesday, August 23, 2011

tak kenal maka tak cinta

assalamualaikum

apa khabar diri? apa khabar iman?


orang kata, 
tak kenal maka tak cinta.
dah kenal baru cinta. 
tapi kalau dah lama kenal macam mana?
terlebih cintakah?
atau sebaliknya
makin cinta makin tak kenal.
entahlah.



oops!
jangan ingat yang bukan-bukan ye.
sebenarnya cik dib baru buat satu blog. saja. dah agak bosan dengan blog lama cik dib ni. maka cik dib dengan tak semena-mena, mendaftar laman blog yang lain. kiranya berjayalah cik dib memiliki satu lagi blog baru.
jangan lupa ye singgah ke blog baru cik dib.

http://cikdib.wordpress.com/

beginilah rupa blog baru cik dib

apa-apa pun cik dib ucapkan selamat mengejar ganjaran 10 malam terakhir Ramadan dan selamat hari raya Aidilfitri

Thursday, May 19, 2011

malu mengejar cahaya

"Akh, ana malulah nak jadi budak baik."
"Malu?! Kenapa?"
"Takut nanti mereka cakap macam-macam lak tentang ana nanti. Dah lah dulu ana jahat."
"Akh, antum nak malu dengan mereka atau dengan Allah?"
   

***


Malu. Merupakan satu perasaan yang normal. Wujud dalam setiap diri manusia secara fitrah. Malu melakukan sesuatu yang mengaibkan. Dan tidak malu dalam melakukan suatu yang namanya kebaikan. Itulah fitrah semula jadi manusia yang sepatutnya ada dalam diri setiap manusia zaman sekarang ini. Terutamanya mereka yang bergelar Muslim. Kerana apa? Kerana nabi mereka telah berpesan.

"Sesungguhnya sebagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: "Apabila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." [HR Bukhari]

Cuma kenapa kebanyakan Muslim hari ini tidak menunjukkan sikap seperti fitrah yang saya sebutkan tadi? Kerana cara hidup mereka dan corak pemikiran mereka telah berjaya diatur atau direka mengikut kehendak "mereka-mereka" yang mahukan kehancuran Islam.

Mereka berjaya menjadikan kita berasa malu hendak membaca al-Qur'an di khalayak ramai, tetapi tidak malu untuk membaca majalah lucah atau komik di khalayak ramai.

Mereka berjaya menjadikan kita berasa malu hendak meziarahi mad'u dan bersama-sama orang-orang yang soleh, tetapi tidak berasa malu untuk pergi melepak bersama-sama teman di panggung wayang hingga terkadang meninggalkan solat dan lain-lain.

Mereka berjaya menjadikan kita berasa malu untuk mengenakan tudung dan pakaian longgar, tetapi tidak berasa malu untuk menunjukkan "identiti sebenar" dengan membuka segala aurat yang sepatutnya menjadi perhiasan paling berharga menjadi murah.

Mereka berjaya menjadikan kita berasa malu kerana tidak mempunyai pasangan, tetapi tidak merasa malu untuk mempamerkan dosa-dosa kita bersama dengan si dia kepada mata umum.

Sesungguhnya, "mereka" telah berjaya. Dan kita, umat Islam juga telah berjaya. Berjaya dipermainkan oleh "pihak-pihak"yang sememangnya mahu merosakkan cara kita berfikir.

Hinggakan kita merasa malu dalam mahu melakukan kebaikan, tetapi tidak merasa malu dalam melakukan kemaksiatan.

Mari kita lihat semula ke dalam sirah mengenai seorang pemuda yang menjadikan dirinya merupakan pengawal kepada malu itu sendiri. Bukan malu yang mengawal dirinya.


***


Sebaik sahaja Nabi Muhammad berjaya menakluki kota Mekah, Ikrimah bin Abu Jahal melarikan dirinya. Dia mengajak Ummu Hakim, isterinya tetapi dia enggan. Akhirnya Ikrimah pergi seorang diri. Ummu Hakim pergi menemui Nabi Muhammad ditapak perkhemahannya.

"Wahai Muhammad, Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana takut kalau-kalau kamu mahu membunuhnya. Oleh itu, aku memohon kepadamu supaya engkau menjamin keselamatannya," katanya kepada Nabi Muhammad.

"Dia akan berada dalam keadaan selamat," jawab Nabi Muhammad menjamin keselamatan Ikrimah.
Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon untuk mencari suaminya. Dia membawa pembantunya yang berketurunan Greek. Apabila mereka telah jauh berjalan, pembantunya cuba melakukan perkara yang tidak disenanginya. Ummu Hakim berjaya melepaskan dirinya sehingga tiba di satu penempatan Arab. Dia memohon pertolongan mereka yang kemudian menangkap dan mengikat pembantunya itu.

Ummu Hakim terus mencari Ikrimah. Akhirnya dia berjaya menemui Ikrimah di pantai berdekatan Laut Merah dalam wilayah Tihamah. Ikrimah ketika itu sedang berbincang menaiki kapal kepunyaan seorang pemuda. Pengemudi kapal tersebut berkata kepadanya,

"Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah dirimu dan akan aku tumpangkan kamu!"
Ikrimah bertanya,
"Apakah yang harus aku ikhlaskan?"

"Katakanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah!" kata pengemudi kapal itu.

"Tidak sama sekali. Aku melarikan diri adalah kerana itu," Ikrimah menjawab.

Ketika itu, Ummu Hakim datang mendekatinya.

"Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu daripada Nabi Muhammad," kata isterinya.

"Apakah engkau telah bercakap dengannya?" Ikrimah bertanya kepada isterinya.

"Ya, benar. Aku telah berbicara dengan beliau dan dia memberikan jaminan keselamatan atas dirimu," Ummu Hakim menjawab.

Lalu Ikrimah setuju kembali bersama-sama isterinya. Ummu Hakim menceritakan tentang pembantu mereka yang cuba mencabul kehormatannya. Mendengarkan itu, Ikrimah segera menuju ke penempatan Arab tersebut.

Dia mencari pembantunya lalu membunuhnya. Pada malam harinya, Ikrimah ketika mereka tidur, Ummu Hakim menolak hajatnya untuk bersama.

"Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim," kata Ummu Hakim.

"Jika kau menolak keinginginanku, ini merupakan suatu masalah besar bagi diriku," kata Ikrimah kepada isterinya.

Esoknya, mereka meneruskan perjalanan. Sebelum Ikrimah dan isterinya tiba di Mekah, Nabi Muhammad menyampaikan pesan kepada para sahabat.

"Ikrimah bin Abu Jahal kembali ke sini sebagai seorang Muslim dan muhajir. Jangan sesekali kamu semua mempersendakan bapanya. Itu akan mendatangkan kedukaan kepada mereka yang masih hidup," pesannya.
Ikrimah dan Ummu Hakim tiba ditempat dimana Nabi Muhammad berada. Beliau menyambutnya dan mengajak Ikrimah duduk bersama-sama.

"Muhammad, Ummu Hakim mengatakan engkau memberikan pelindungan kepadaku," Ikrimah memulakan bicara.

"Ya, benar," kata Nabi Muhammad. "Kini kamu selamat," sambungnya.

"Untuk apa perlindungan itu kau berikan?" dia bertanya lagi.

"Untuk mengajakmu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah," kata Nabi Muhammad.

"Demi Allah," kata Ikrimah,

"Kamu mengajak kami melakukan perkara yang baik dan menyuruh kamu membuat perkara yang benar. Kamu tinggal bersama kami sebelum kamu menerima wahyu lagi dan kamu merupakan seorang yang paling kami percayai dalam percakapan dan yang paling baik antara kami," dia menyambung

"Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad sebagai utusan Allah," kata Ikramah.

Mendengar kalimah penyaksian itu diucapkan, Nabi Muhammad merasa sangat gembira.

"Katakanlah kepada Tuhan dan mereka yang hadir hari ini bahawa kamu seorang Muslim yang Mujahid dan Mujahir," Nabi Muhammad mengarahkan Ikrimah.

Ikrimah mengulanginya dan kemudian berkata,

"Aku memohon kepadamu wahai Nabi Muhammad, supaya engkau memohon keampunanku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap apa yang aku guna untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu."

Maka Nabi Muhammad pun berdoa,

"Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak."

Mendengar doa yang dimohon oleh Nabi Muhammad itu, Ikrimah merasa senang hati dan gembira

"Wahai Nabi Muhammad, demi Allah setiap dinar yang pernah aku gunakan untuk menentang Islam, akan aku gantikan berlipat kali ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk menentang Islam, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat kali ganda demi membela agama-Nya, Aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir," kata Ikrimah dengan penuh semangat.

Selepas memeluk Islam, Ikrimah menjadi seorang yang komited dalam perjuangan. Dia dilihat sentiasa membaca al-Qur'an dimasjid dan meletakkannya diatas mukanya sambil berkata,

"Inilah kitab Allah, mengandungi kata-kata Allah,"

Dan kemudiannya menangis kerana takutkan-Nya. Ikrimah sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya dia terbunuh sebagai seorang syahid.


***


Masya-Allah. Cuba kita analisa beberapa perkara dalam kisah ini.

Ikrimah bukan sahaja tidak mahu memasuki Islam pada awalnya, tetapi merupakan penentang utama dalam dakwah Islam. Sebab itulah dia melarikan diri selepas kalah dalam peristiwa Fathul Mekah kerana dia adalah insan-insan yang perlu dibunuh. Dan Ikrimah bukannya berseorangan, dia ada kawan-kawan dia yang bersama-sama dalam melakukan kebatilan. Belum kita cuba kira lagi berapa ramai jiwa Musliim yang telah dia bunuh ketika dia jahil, ditambah dengan maksiat-maksiat yang lainnya.

Tetapi, adakah dia berasa malu untuk memasuki cahaya?

Malu kerana nanti kawan-kawan dia akan mencemuh dia, orang akan mengejek dia kerana dia anak Abu Jahal, orang mungkin akan mengungkit kisah dia pernah membunuh orang islam dan memerangi nabi. Dahulunya gangster, tetapi sekarang sibuk hendak jadi malaikat.

Tidak! Kerana apa? Kerana cahaya itu indah. Tutuplah dia dengan segunung pasir sekalipun, ia akan tetap bercahaya.. Itulah cahaya Islam..

Kita perlu merasa malu. Ya!

Tetapi malu terhadap apa?

Malu terhadap dosa-dosa dan kemaksiatan.

Tetapi tidak sekali kita malu dalam menegakkan syariat yang telah ditetapkan Allah.

Tidak sekali kita malu dalam mengejar apa yang dinamakan sebagai, syurga...

Sunday, March 20, 2011

barang mahal



di kedai ini takde jualan murah harap maklum
assalamualaikum


melihat kepada gambar di atas ni, pasti pembaca tertanya-tanya, sale apa kejadahnya aku tengah berbuat di dalam blog aku ini? tak pernah-pernah pun aku buat sale tiba-tiba hari ni mau buat sale apa motif? adakah aku telah berubah haluan ingin menjadi seorang bussinesswoman pula lepas ni? tidak tidak tidak aku masih seorang pencinta senibina aku tak boleh hidup tanpa beliau. tak kira apa yang berlaku aku tetap harus wajib mesti teruskan walaupun sehingga ke titisan peluh darah yang terakhir sebab apa-apa saja yang aku dah mulakan mesti harus perlu aku buat sampai habis. tak boleh tak habis itu prinsip aku.



sebenarnya aku nak share sedikit satu artikel yang baca semasa aku leka berjalan-jalan melihat blog orang. itulah kerja aku dah tahu membuang masa tapi tetap juga gigih berbuat begitu. kadang-kadang boleh pula sampai sehari suntuk aku berjalan blog sudahnya semua kerja langsung tak berjalan dan semakin berlonggok-longgok. berbalik kepada artikel yang aku nak share tadi ceritanya simple saja boleh kata kita pun selalu dok buat kot dalam kita tak sedar tetapi ni lah senjata musuh yang paling ampuh untuk menewaskan kita. langsung tak pakai pedang, meriam, or senjata yang cangih-manggih macam  bom atom macam yang pernah jadi kat Hirosyima dan Nagasaki masa perang dunia kedua dulu tetapi tetap kita kalah jugak dengan si musuh durjana ini.



_________________________ 






ini dia si musuh durjana paling wanted di seluruh pelusuk alam

Pada suatu ketika, iblis mengiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjanya. Pada hari tersebut seluruh perkakasnya dipamer untuk dilihat calon pembelinya lengkap dgn harga jualannya. Seperti kalau kita masuk kedai hardware barang yang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna sesuai fungsinya dan harganya pun tak mahal.
Barang yang dijual antara lain: dengki, iri hati, tidak jujur, tak tahu terima kasih, malas, dendam, dan lain-lain.


Di suatu sudut display ada suatu perkakas yang bentuknya sederhana sudah agak buruk tetapi harganya amat tinggi bahkan jauh lebih tinggi di bandingkan yang lain.


Salah satu calon pembeli bertanya; "ini alat apa namanya?


Iblis menjawab; "itu namanya PUTUS ASA"



"Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?"



"Ya, kerana perkakas ini sangat mudah dipakai dan berdaya guna tinggi. Saya dengan mudah masuk ke dalam hati manusia dengan alat ini dibandingkan dgn alat lain . Begitu saya berhasil masuk kedalam hati manusia saya dengan sangat mudah melakukan apa saja yg saya inginkan terhadap manusia, termasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakan kepada hampir semua orang kerana kebanyakkan manusia tidak tahu kalau putus asa itu milik saya."



Serahkan hidupmu pada ALLAH ,biarlah DIA saja yang ada di dalam hatimu kerana bersamanya nescaya tidak akan kau ketemukan keputus asaan.


walau satu dunia putus asa sekalipun tapi kau jangan terjebak sama sekali


 __________________________

sumber : barang mahal 

Monday, March 7, 2011

AGM PEMATRA

 

assalamualaikum


semua warga FKAB dijemput hadir ke Mesyuarat Agong Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina(PEMATRA).

kepada yang berminat untuk menjadi exco PEMATRA sesi 2011/2012,borang permohonan boleh didapati di bilik PEMATRA.

sebanyak 23 jawatan ditawarkan iaitu:
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA 1
NAIB YANG DIPERTUA 2
SETIAUSAHA
BENDAHARI
EXCO & TIMBALAN KEBAJIKAN
EXCO & TIMBALAN EKONOMI
EXCO & TIMBALAN EDUCATED COMMUNITY
EXCO & TIMBALAN SUKAN & REKREASI
EXCO & TIMBALAN SAINS & TEKNOLOGI
EXCO & TIMBALAN PENERBITAN & PUBLISITI
EXCO & TIMBALAN KEROHANIAN
EXCO & TIMBALAN PERHUBUNGAN
EXCO & TIMBALAN TUGAS-TUGAS KHAS

SAMA2 MEMBAWA PERUBAHAN & KEMAJUAN FKAB... ^^


Wednesday, March 2, 2011

jom kenali MPM UKM

Saturday, February 26, 2011

PD : from archi to pirate

assalamualaikum

kami para penggemar architecture baru sahaja selamat menjalani pengembaraan merentasi lautan untuk mencari harta karun yang paling berharga dalam hidup kami. bermula pada hari jumaat 18 februari 2011, pengembaraan ini sangat mencabar jiwa raga apatah lagi semuanya terbakar-bakar kulit mereka menjadi hitam manis dek kerana berjemur, nasib baik tak keluar api je.

-hari pertama-
istana pirate bermula!!


bila laut pasang, semua sibuk buat kubu



hasil-hasil istana  mereka 

  
 

bendera-bendera kerajaan pirate

pirato potato
POP D
kraken
tettt..aku pon xtau apa motif utama nama kmpulan ni





kena tinggal tepi pantai??..
 



-hari kedua-

senamrobik conduct by Kak Sup
Kak Sup memang terbaek lahh,,haha

gelak bertubi-tubi tak boleh tahan

explorace
comel je mereka jalan atas bata sambil gigit sudu isi telur
sangat gigih bawa air macam tu

 
klimaks explorace ni memang hebat
berjaya membuatkan semua orang kaku terkedu keliru di dalam laut
 cis!


tanam-menanam giat dilakukan

katak??
dah macam akar pokok yang berselirat

ikan duyung pon ade
makhluk rasaksa kembar yang aneh

-hari ketiga-

upacara menepung tawar
serang faci!


 main tarik-tarik tali

Tuesday, February 15, 2011

are you ready kids??

assalamualaikum

Kehidupan kini semakin indah dengan longgokan assignment dan percutian ke Port Dickson yang dinanti-nanti oleh para penggemar architecture. Percutian yang berkonsepkan ala-ala lanun memang comel tambahan pula diorganize oleh barisan kerabat archu.archi yang kurang matang lagi berkarisma.

'Are you ready kids?',kata captain di dalam kartun spongebob
spongebob yang comel pujaan para nenek

Maka dengan itu harus bersengkang mata membuat preparation itu-ini bagi memastikan percutian ini menjadi percutian yang paling indah untuk dikenang bersama para penggemar architecture kelak. Walaupun 1001 masalah jatuh dari langit menghentam jiwa dan raga namun harus gigih demi memastikan kelangsungan hidup percutian dapat diteruskan.

Kepada semua penggemar dan juga bukan penggemar architecture, ayuh siapkan kostum ala lanun anda di PD nanti.hohoho.

bermulanya ekspedisi menawan dunia





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...