Wednesday, November 3, 2010

kesibukan dunia yang melelahkan


Setiap saat... Setiap detik... Setiap minit... Setiap jam... Setiap hari... Setiap minggu… Setiap bulan… Setiap tahun…
 
Kita sibuk...
Istilah sibuk tidak pernah lekang dari bibir kita...
Namun percaya atau tidak...
kita sering mengeluh tentang masa
masa terlalu mengejar kita..
jikalau kita pantas, ia tetap pantas..
Kekadang pula kita terbabas..
Masa telah meninggalkan kita jauh…
sekalipun bukan selalu..
tapi pernah sekali sekala….

Anak-anak kecil..pun sibuk
Mama… nak susu..(nangis bila lambat siapkan…)
Mama… jom la balik, nanti tak sempat tengok ultraman..
Mama.. cepatlah beli buku.. cikgu nak tengok esok juga..
Mama… kerja sekolah banyak ma..
Wa..wa..wa (menangis dan merajuk)..kenapa mama/baba datang ambil lambat..
 Semua ini menambah kesibukan kita yang sedia sibuk….
dan banyak lagi……

Mahasiswa/i
Terkejar-kejar dengan jadual kuliah..
Sibuk mencari bahan presentation..
Sibuk dengan aktiviti persatuan
Sibuk dengan kajian, eksperimen atau tesis
Sibuk membaca dan mengulangkaji
Sibuk berbincang dan mengambil hati lecturer @ tutor
Sibuk memikirkan peperiksaan yang makin hampir..
Sibuk fikir bahan kuliah yang tak lengkap..
Sibuk fikir perbelanjaan yang tidak mencukupi..
Dan banyak lagi…..

Sibuk si ibu/isteri
Sibuk sediakan kelengkapan suami dan anak2..
Sibuk sediakan makanan suami..dan anak2..
Sibuk melayani karenah anak bermain..
Sibuk melayani suami dengan penuh kemesraan dan kemanjaan..
Sibuk sediakan dan rapikan pakaian suami dan anak2..
Mencuci pakaian dan membersihkan rumah..
Sibuk mengajar anak belajar dan mengaji….
Sibuk menziarah ibubapa dan mertua serta ahli keluarga
Dan banyak lagi…..

Sibuknya si suami…
Sibuk mencari rezeki..
Sibuk membantu isteri…
Dan banyak lagi…

Sibuknya seorang pekerja
terkejar-kejar datang punch card di awal waktu..
sibuk fikir pakaian sesuai dan selesa
pastikan kenderaan ok  ke tempat kerja
lalulintas jalanraya yang memeningkan…
check kebersihan office dan peralatan teratur dan tersusun
jadual appointment dikemaskini..
tak cukup tangan menjawab panggilan telefon yang tidak putus-putus..
sibuk bermesyuarat sana-sini…..
sediakan bahan untuk ceramah atau presentation umum
menhadiri perhimpunan yang diwajipkan
menghubungi orang atasan mengikut prosedur
sediakan laporan berdasarkan keperluan
menjawap dan beri respon positif  jika dikomplen orang ramai
menepati waktu semasa operasi
Dan banyak lagi….

Kesibukan bloggers
membina identity..
membaca..mengkaji..
menulis…
mengedit…
mengepos…
memberi respon kepada pelayar…
Dan banyak lagi…



Ya ALLAH
Kesibukan ini amat memenatkan
Kesibukan ini
Jika tiada iman dan keikhlasan
Inilah kesibukan yang sia-sia
Kesibukan ini 
Jika tiada redha dan sabar
Inilah kesibukan yang tiada membawa apa-apa pahala
Kesibukan ini 
Jika tiada kerana ALLAH,
Inilah kesibukan ini yang tidak mendatangkan rasa bahagia
Tapi ia
Akan menjadikan kita pelupa
Lupa pada nikmat-NYA
Jauh kita dari ALLAH
Bukan lagi DIA
Tempat kita mengadu
Tapi manusia yang lemah dijadikan sekutu
Sengsaralah jiwa
Hilanglah ketenangan
Menggununglah tekanan

Walaupun exam baru saja habis, sibuk tak pernah habis-habis. Sibuk dengan assignment berlambak-lambak nak kena hantar, sibuk dengan design landskap lagi, haisyhhh!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...