Tuesday, March 9, 2010

jejak-jejak smvas

 Sudah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke sekolah. Baru-baru ni iaitu pada 5 hingga 7 mac aku serta rakan-rakan kursus Pengucapan Awam II telah berpeluang untuk kembali ke sekolah. Bukan sebagai pelajar, tapi sebagai fasilitator pada program JEJAK MENARA GADING di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Sekali aku fikir-fikirkan, macam tak sesuai je nama program ni. Manakan tidak, bukan pelajar sekolah tersebut yang men'jejak  menara gading', sebaliknya kami yang menjejak ke sekolah. Teringat pula nostalgia dan kenakalan sewaktu di alam persekolahan dulu.

 Sampai sahaja di sekolah tersebut, tergamam aku seketika. Langsung aku tidak tersangka, kami disambut dengan iringan kompang. Terharu, kaget, kelu pun ada. Macam kenduri kahwin pulak rasanya, keh keh keh.

Beralih pulak pada sebelah malam, barulah dapat aku bersua muka dengan adik-adik yang diamanahkan kepada aku, Hdin dan Kat, iaitu kumpulan 7. Ala-ala 007 gitu. Apa lagi, maka bertaaruflah kami semua, siap kena hafal saiz kasut lagi. Macam-macam saiz ada, yang paling besar dalam kumpulan aku adalah kasut bersaiz 10,tak boleh aku nak bayangkan betapa besarnya kasut bersaiz 10 itu. Bila dah habis bertaaruf, kami pun memerah otak nak mencari nama kumpulan. Macam-macam nama yang keluar, tetapi akhirnya kata sepakat dibuat dan nama Xsquare menjadi pilihan.

Kemudian beralih pula kepada sesi Kembara Ilmu di mana mereka kena berjalan sambil mata ditutup . Seronok betul aku mengacau dan mengusik budak-budak ni. Aku suruh lompat lah, cakap ada longkang lah, dan macam-macam lagi. Sakit perut jugalah aku ketawa melihat gelagat mereka berjalan sambil mata ditutup ni. Ada yang kena gunting tali pun ada, kemudian terkapai-kapailah mereka mencari arah tuju. Tapi gelak, gelak jugak. Tetap ada motif di sebalik aktiviti ini. Ia melambangkan sebuah organisasi, tanpa kerjasama dan kerja pasukan yang kuat dalam sesebuah organisasi itu, maka akan tempanglah organisasi tersebut.



Hari kedua kami dipenuhi dengan tiga aktiviti latihandalam kumpulan atau LDK. LDK pertama bermula pada awal pagi lagi, iaitu kenali logo kumpulan. Dalam LDK ni, adik-adik bakal pemimpin ni merekabentuk logo kumpulan mereka, iaitu Xsquare(sepatutnya ada nombor 2 kecil di atas sebelah kanan huruf X) dan mempersembahkannya pada kumpulan-kumpulan lain. LDK kedua adalah mengenai pengucapan awam di mana mereka hasilnya mereka harus menyampaikan pelbagai bentuk pengucapan awam seperti ceramah agama, debat, berita, dan lain-lain. Manakala LDK ketiga pula adalah mengenai kepimpinan. mereka diasah kepimpinannya melalui aktiviti menyusun paku, mengelilingkan ahli kumpulan dengan hanya sehelai kertas dan menyusun puzzle huruf untuk membentuk sebuah frasa.
 
Menjelang 11 malam, bermulalah tugas kami nak men"touching"kan adik-adik ni. Mereka disuruh membentuk satu bulatan mengelilingi dewan. Kemudian berlakulah sesi tazkiyatun nafs, ramai yang kena marah dengan Abang Izat mereka itu. Lampu dewan digelapkan sedikit demi sedikit, lalu terpadamlah semua lampu dewan.  Menangis-nangis la semua adik-adik tu(aku pun tumpang menangis sama sambil makan sandwich kat depan dewan, huhuhu). Ingat ye adik-adik, walau setinggi mana pun kita belajar, walau sebesar mana pun pangkat bila kita bekerja nanti, jangan sesekali lupakan ibu bapa kita.
 

 Hari terakhir kami, sibuk memikirkan bagaimana hendak membuat persembahan kumpulan kami iaitu dikir Xsquare. Gigih betul adik-adik aku ini berlatih walaupun dalam masa yang sebegiu singkat dan adik-adik semua letih(baru lepas habis Hari Sukan dan tak lama lagi ada ujian pulak kan?).Walaupun kekeurangan masa, mereka tetep komited  memberikan persembahan terbaik mereka(ni yang aku bangga sangat adik-adik aku ni). Tahniah adik-adik, teruskan menggilap bakat kepimpinan yang adik-adik miliki itu, Kak Dib menyokong dari belakang
 
Detik-detik terakhir kumpulan Xsquare

 
  
name tag gang Xsquare
 
gang fasilitator


gang sekolah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...