Tuesday, April 13, 2010

tudungku labuh

Bismillahirrahmanirrahim
Tudungku labuh
Orang kata tudung labuh
Perempuan baik

Orang kata tudung labuh
Perempuan solehah

Tapi betulkah
Betulkah kata mereka
Solehahkah aku
Baikkah aku
Jika tudung labuh menghijabku?

Tapi..

Ada orang kata
Aku tunjuk solehah
Aku belagak baik
Nodaku tersembunyi
Di balik besarnya hijabku

Ada orang kata
Aku tak tahu hukum
Aku pelajar sekolah biasa
Baik aku tinggalkan tudung labuhku

Biarlah apa orang kata
Dia, dia, dan dia
Niatku satu
redhaNya mendampingi
petunjukNya mendekati

Bukan kerana calon soleh

Bukan kerana pujian manis bibir
Penyempurnaan ibadah menjadi buruanku

Jangan kau nilai
Panjang tudungku
Panjanglah ibadahku

Aku juga insan biasa
Khilaf selalu
Apabilaku silap
Orang mencerca
Apabila mereka silap
Lumrah manusia mereka kata

Hijab diriku hanyalah satu muhasabah bagiku
Moga aku istiqamah dalam melaksanakan perintahNya
Orang juga kata
Aku tak bergaya
Tudung labuh ini menutup seriku
Aku tak kisah
Aku hanya perlu Dia sahaja memandangku

Orang kata ilmu kena tinggi
Jika bertudung labuh
Bagaimana mereka mengukur tahap ketinggian ilmu
Ilmu padaku cuma sedikit

Andai itu ukurannya
Tiada siapa yang layak berhijab labuh
Tudungku bukan untuk menjad tatapan ajnabi
Tudungku bukan menjadi perbandingan fesyen terkini
Tudungku bukan simbol tingginya agamaku
Tudungku cuma hanya menyahut perintah suci dariNya


ana stuju dgn kata2 yg puitis d atas, tp sstgh wanita ada yg brkata " org yg pkai tdung dgn free hair sama shja, lbh baik free hair,pkai tdung pn kuat mgumpat,mksiat,prgai x elok.."mcm2 lg kutukan2 yg d buat.. ana myeru la kpd smua muslimat2 jga peibadi akhlakmu, krna Nila Setitik Rosak Susu Sebelangga...(jga peringnt utk diri)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...