kucin yang chumel ini sedang santai gedixx
aduhh...poning den
kalu melangkah ke dance studio lapang aje, kalu archi studio, hohoho xbleh nak kato apo dah???
tekun menyiapkan board2 yang belambak-lambak utk presentation nanti
kalu xde lukisn besau2 ni bukan architecture le namanya
Namun ramai sebenarnya yang tidak mengetahui apa sebenarnya senibina. Bercakap sahaja tentang senibina, ramai akan berkata,
“Kerja arkitek melukis sahaja kan?”
Tempoh pengajian seorang pelajar senibina ialah minima 5 tahun. Bagi sesetengah pelajar, mungkin 6 tahun sekiranya dikehendaki bekerja selama 6 bulan atau setahun selepas tempoh 3 tahun pertama pengajian. Adakah mereka belajar melukis sahaja sepanjang 5 atau 6 tahun tersebut?
Secara logiknya, tidak. Mengapa ambil masa yang begitu lama (hampir sama tempoh dengan pelajar perubatan) untuk bergelar arkitek? Banyak lagi perkara yang perlu ada pada seseorang itu sebelum layak digelar arkitek, bukan sekadar melukis. Bahkan, orang yang pandai melukis pun tidak semestinya berjaya menghabiskan tempoh pengajian selama 3 tahun!
Perkara Asas
Kemudian Kami berfirman, “Wahai Adam! Sungguh ini (iblis) musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali jangan sampai dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, nanti kamu celaka. Sungguh, ada (jaminan) untukmu di sana, engkau tidak akan kelaparan dan tidak akan telanjang. dan sungguh, di sana engkau tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari.”
(Taha 20:117-119)
Berdasarkan ayat ini, kita boleh lihat bahawasa secara fitrahnya, manusia memerlukan tiga perkara asas iaitu makanan, pakaian dan tempat berteduh. Senibina dalam konteks ayat ini merujuk kepada tempat berteduh yakni tempat di mana kita ” tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari”. Di sini jugalah terdapat gambaran ringkas tentang tahap keselesaan yang manusia inginkan.
Maka, asas kepada mana-mana senibina ialah menyediakan ruang utk manusia berteduh dan memberi keselesaan kepada penghuninya.
Rekacipta
Antara perkara pertama yang pelajar senibina perlu tahu ialah cara hendak merekacipta (design) dengan betul. Tidak boleh hendak merekacipta semberono sebab merekalah yang akan bertanggungjawab sekiranya bangunan atau rumah yang mereka reka itu menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuninya.
Kerja merekacipta perlu menggabungkan ilmu pengetahuan mereka dalam segenap bidang seperti sejarah, teknologi, media komunikasi dan nilai-nilai invidividu untuk menjadi sebuah projek yang lengkap.
rumahku syurgaku, arkitek bertanggungjawab merealisasikan kehendak
masyarakat yang mahukan keselesaan berada kediaman
designing process
Di sepanjang tempoh pengajian, pelajar senibina akan diasah untuk berfikir dan menganalisa secara kritis dan kreatif agar dapat mengkaji sesuatu isu berdasarkan konteks, membuat retrospeksi, menganalisa pelbagai pandangan di dalam isu tersebut dan membentuk pandangan peribadi yang logik dan kukuh. Ia akhirnya akan membentuk peribadi yang unik dalam setiap diri pelajar, dan akan terserlah di dalam bangunan yang mereka bina.Ilmu Pengetahuan
Antara keperluan asas seorang pelajar senibina ialah ilmu pengetahuan yang luas.
“An architect knows something about everything. An engineer knows everything about one thing.”
(Frederick,Matthew “101 Things I Learned in Architecture School”)
Kata-kata Matthew Frederick tersebut menggambarkan serba sedikit tentang seorang arkitek. Arkitek tahu serba sedikit tentang pelbagai jurusan ilmu, tetapi mereka bukanlah pakar dalam bidang-bidang tersebut. Dengan kata lain, pengetahuan amnya perlu tinggi, cukup tinggi untuk membolehkannya menghasilkan bangunan yang elok.
arkitek juga perlu turun ke tapak projek memantau construction
Contohnya, dari segi teknikal, di dalam industri kelak, arkiteklah yang bakal mengetuai barisan jurutera mekanikal dan struktur, hiasan dalaman, kontraktor, dan pakar-pakar dari bidang lain dalam melaksanakan sesuatu projek. Seringkali dalam sesuatu projek, pandangan dari pelbagai pihak akan bercanggah; struktur tidak betul, kekangan kewangan, hilang nilai estetika dan sebagainya. Di sinilah peranan arkitek. Dia perlu mengetahui tentang semua disiplin ilmu yang terlibat sehingga boleh berbincang dan mencapai keputusan yang memuaskan, bukan sahaja untuk pelanggan malah untuk menjaga integriti seluruh projek.Komunikasi
Kemahiran untuk menyampaikan ide dengan berkesan, samada secara lisan, visual (hardcopy dan elektronik) dan melalui penulisan merupakan antara kebolehan yang perlu ada pada arkitek. Kemahiran-kemahiran ini tidak dapat diasah dalam masa yang singkat, maka sebab itulah pelajar senibina memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan tempoh pengajian.
hari yang ditunggu-tunggu lecturer menyaksikan hasil karya pelajar
Di kebanyakan universiti, para pelajar senibina perlu membuat pembentangan hampir setiap minggu, selalunya untuk subjek “Design”. Setiap minggu, tenaga pengajar selalunya sudah menetapkan sasaran tahap kerja yang perlu dicapai oleh semua pelajar. Di dalam setiap sesi inilah pelajar akan diberi peluang untuk mengasah kemahiran berkomukasi dengan berkesan melalui bahan visual, model fizikal dan juga pembentangan atau diskusi secara lisan. Ianya juga menuntut pelajar agar mempunyai skil menguruskan masa dengan elok kerana sekiranya tidak mampu untuk mempamerkan kerja yang memuaskan, dia akan mengalami kesukaran untuk mengejar masa.Di universiti, pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk menghasilkan pembentangan visual yang berkesan. Di Royal Melbourne Insititute of Technology (RMIT) University, pelajar akan didedahkan dengan software grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Indesign, Rhinoceros dan sebagainya. Pelajar juga perlu mengetahui kaedah membuat model dengan cepat dan berkesan.
model memudahkan lagi audiens memahami design yang dipersembahkan
Secara ringkasnya, itulah gambaran yang sebenar tentang seorang arkitek, ataupun perkara-perkara asas yang perlu ada pada pelajar senibina. Jurusan ilmu dan seni membina ini bukanlah suatu bidang yang hanya menuntut orang yang mahir dalam melukis semata-mata. Ianya lebih dari itu. Tanggungjawab pakar senibina amat besar dan mereka yang menggalasnya perlu mempunyai integriti dan akauntabiliti.
0 comments:
Post a Comment