Saturday, October 16, 2010

sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera




Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.


Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.


Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” [Hadis riwayat Imam Ahmad]


As-Syahid Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat besar Rasulullah SAW telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople, dan apabila ditanya mengapa beliau mewasiatkan sebegitu, beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople nanti.”  Sungguh, baginda mengotakan impian menawan Kota Constantinople dengan mengimamkan hampir 150,000 orang tenteranya.


Apakah kelebihan dan rahsia Baginda Sultan Muhammad atau lebih masyhur dengan gelaran Muhammad The Conqueror?[klik sini]

Muhammad The Conqueror
Baginda telah menerima asuhan dari kecil sehingga baginda yakin bahawa bagindalah raja yang disebut dalam hadis Rasulullah. Dengan sentuhan tarbiah menyeluruh oleh ayahanda baginda Sultan Murad II dan guru-gurunya termasuk Syeikh  Shamsuddin Al-Wali yang mengajar ilmu agama dan berkaitan dunia pemerintahan. Baginda juga menguasai dan fasih berbahasa  Turki, Arab, Latin, Greek, Serbia (bahasa ibu Baginda), Parsi dan Hebrew.


Baginda dilatih supaya mahir memanah, menunggang kuda dan menyusun taktik perang. Kepintaran baginda dalam mengatur strategi dan mencipta peralatan termoden diperakui oleh sejarawan barat setelah melihat kehebatan Sultan Muhammad di medan perang.

Peperangan terhadap Kota Constantinople berlaku disebabkan Raja Rom yang memerintah pada waktu itu enggan menyerahkan kota tersebut. Maka tentera Uthmaniyah dengan diketuai oleh baginda Sultan Muhammad mula menyerang kubu dari segenap penjuru. Baginda sebelum itu menyampaikan khutbah melarang gereja, tempat-tempat ibadah lain diroboh dan tidak mengapa-apakan paderi, orang kurang upaya dan yang sudah tua serta mereka yang tidak membunuh.


Apabila sebuah rantai besar dibina menghalang kapal-kapal merentasi Selat Bosphorus, baginda mendapat akal untuk melancarkan kapal perang melalui jalan darat dan gunung sejauh hampir enam batu. Alangkah terkejut Raja Byzantine keesokan harinya, bukan sahaja Teluk El Qarn El Zahabi (The Golden Horn) dipenuhi kapal-kapal muslimin bahkan armada bantuan dari Ketua Paderi Rom kesemuanya musnah terbakar. Rentetan daripada itu kubu pertahanan menipis sehingga akhirnya dengan izin Allah pihak tentera Uthmaniyah berjaya menawan Kota Constantinople pada 28 Mei 1453 bersamaan 857H.


Baginda dengan tawaduk penuh kesyukuran atas kejayaan membebaskan Kota Constantinople. Setelah itu Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) dan memerintahkan agar separuh Gereja besar St. Sophies diubahsuai menjadi masjid yang terkenal Aya Sofiya. Gelaran ‘Al-Fatih’ amat sesuai kerana Baginda telah menang membuka Constantinople. Sebuah pembukaan agung yang ditunggu sejak 800 ratus tahun sebelumnya.



p/s: Sultan Muhammad Al-Fatih pada umur 21 tahun sudah mampu membuka kota Constantinople. Aku pada umur 21 tahun,,,,,,??? 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...