Tuesday, December 8, 2009

pra archustic camp

salam archustic

dalam tengah pening-pening lalat memikirkan design booth untuk workshop ni nanti, sempat jugat tangan ni menggatai nak buka blog ni. Haisyh,, dah takde kerjakah budak ini??

kem yang mengambil masa lebih kurang 10 hari ni agak bagus jugak la, lebih-lebih lagi apabila ia dijalankan pada musim cuti semestar. Bukan apa, daripada asyik tengok tv, makan n tidur sahaja di rumah, lebih baik la joint aktiviti yang sebegini rupa.

Bercakap pasal kem ni pula, pihak UKM sekarang sedang mengendalikan satu kem khas untuk kanak-kanak pintar iaitu PERMATApintar negara. Dengar namanya pun dah hebat semacam kan???macam mana cara pemilihan peserta tu tak la pula saya tahu, yang saya tahu masuk je UKM ni, satu UKM dibanjiri poster PERMATApintar ini. Mungkin ini satu peluang yang dilorongkan oleh pihak kerajaan kepada golongan kanak-kanak bijak pandai ini agar mereka ini dapat menyalurkan keintelektualan mereka pada tempat yang sepatutnya. Mungkin juga mereka ingin belajar dari peristiwa hitam yang menimpa Sufiah agar tidak berulang kepada mereka yang lain.

Eh, lupa pula pasal Trial Camp ni!!Trial Camp ni bagi saya mungkin merupakan satu persediaan bagi menghadapi  Archustic iaitu bengkel senibina memandangkan UKM akan menjadi tuan rumah bagi tahun hadapan bersama Twintech dan Taylor. Bagus juga aktiviti seumpama ini dijalankan. Sekurang-kurangnya bolehlah saya mengenali senior-senior dengan lebih rapat memandangkan kami tinggal sekolej, makan bersama dan sebagainya. kalau tak selama ni asyik dok terperap dalam studio jeee.

sekian sahaja dari saya.....
wah,,,baru teringat yang tin kosong perlu dicalculate untuk exhibition nanti...
tak dapat nak bayang macam mana la muka leng chee kalau kerja tak siap nanti..




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...